Monday, June 16, 2014

Kedai Gunting Rambut Otai




Rambut dan jambang aku sudah panjang. Kalau terus dibiarkan mungkin ada pihak yang menyangka aku adalah terrorist atau taliban. Lebih haru jika ada yang menyangka aku dan David Arumugam (Alleycats) itu bersaudara.

Selepas sarapan, aku terus ke kedai gunting rambut ini. Tak tahu kedai nie nama apa sebab takde signboard (kalau tak silap atau mata aku dah rabun). Nama pemiliknya pun aku tak tahu sebab aku panggil beliau Pakcik aje.

Kedai ini sangat terkenal di kalangan otai-otai di sini. Kalau korang hebat, cuba teka lokasinya di mana. Aku share satu keping aje gambar. Lebih-lebih nanti kedai nie makin popular dari blog korang pula. Hihih.

NMA: Rasa makin kacak pula lepas gunting rambut dan nipiskan jambang... hihih :)

2 comments:

  1. siapa yang pernah datang kedai ni mesti tau kot. kat mana tu bro

    ReplyDelete