Tuesday, June 17, 2014

Aku & Kasut

Image from Google


Sewaktu mula melangkahkan kaki ke alam persekolahan dulu, ayahlah yang memakaikan kasut dan mengikat tali kasut. Seterusnya menghantarkan aku ke sekolah sebelum masuk waktu bekerja.

Dia tetap berbuat begitu walaupun aku sudah boleh mengikat tali kasut sendiri. Aku pulak jenis yang tak suka menyusahkan orang especially ibu dan ayah. Kasut dan baju sekolah aku basuh sendiri walaupun baru Standard One.

Aku kira itulah cara dia menunjukkan kasih-sayang dan tanggungjawab terhadap anak. Buat sehabis baik untuk anak-anaknya walaupun dia amat tegas dan garang.

Bila aku sudah berkahwin dan mempunyai anak. Baru aku faham perasaan kasih-sayang seorang ayah. Tiada seorang pun ayah di dunia ini yang tidak mahukan yang terbaik untuk anaknya.

Semua nak yang terbaik. Aku juga mahukan yang terbaik untuk Alia kelak. Korang pun sama la kan?

NMA: Terima kasih ayah, jasamu dan ibu tak mungkin daku lupakan sampai bila-bila. Selamat Hari Bapa :)

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Assalammualaikum....

kasih ibu dan bapa memang tak balas yang membesar dan mendidik mselim3. Tali kasut mselim3 dulu emak yang tolong ikatkan...hehhe malukan... bila dah besar dan berkeluarga , time nie mselim3 pulak kena ikat tali kasut anak2.... hehehe.

mselim3

pls: baru tahu pengorbanan ... semua itu dilakukan kerana kasih sayang.
1 reply · active 563 weeks ago
btul tu mselim3... rasa mcm semalam ayh ikat tali kasut... akan datang... aku pulak yg ikat tali kasut untuk anak... :)
bila ada anak sendiri barulah kita mengerti. selamat hari bapa.
1 reply · active 563 weeks ago
itulah ema, dah berumahtangga dan ada anak nie, baru kita mengerti perasaan seorg ibu dan ayah... bukan mudah untuk membesarkan anak2... :)

Post a new comment

Comments by