Wednesday, July 9, 2014

Mentega Kacang Naik Harga?

Image from Google


Aku ke sebuah pasaraya tidak jauh dari rumah. Dalam banyak-banyak barang yang aku ambil tu, ada sebalang kecil mentega kacang favourite aku sejak dulu iaitu Lady's Choice. Jenama ini menjadi pilihan utama setelah brand Smuckers tidak lagi menepati selera tekak aku selain harganya makin mahal.

Sebelum ambil dan letak mentega kacang tu dalam bakul, aku sudah belek harganya, RM 11.90. Bila nak bayar, harganya jadi RM 12.90 pulak. Aku tanya cashier, dia tak tahu. Mungkin sudah naik mendadak kot katanya. Nampak sangat bahagian jaga produk tu tak cekap sebab tak up to date harga.

Aku terus pergi tukar yang ada hadiah, kat situ harganya RM 12.50. Bila cashier scan harga tetap keluar RM 12.90. Agaknya diorang nak selaraskan harga namun dalam masa yang sama insiden ini membuatkan aku jadi berhati-hati untuk membeli-belah. Kita patut check harga barangan dan perhatikan juga bila cashier scan harga barang. Takut nanti tak match dengan sticker harga pada barangan yang ingin dibeli.

NMA: Geram sungguh rasanya. Nie kalau aku buat report nie harus makan tak habis si tauke... :(