Monday, June 2, 2014

Uncle Yang Baik Hati

Image from Google



Aku beli gula-gula dan sumi. Gula-gula dalam 8 paket dan sumi pun 8 paket juga. Aku beli dengan uncle Cina bersebelahan dengan kedai peniaga iblis berkenaan.

Sewaktu aku nak angkat kesemua plastik berisi barang-barang tersebut, memang terasa sekali beratnya. Macam nak tercabut tangan aku.

Jadi aku bagitau Uncle Cina tu untuk berulang-alik memunggah barangan. Dia tersenyum tengok gelagat aku dan menawarkan bantuan.

Ketika dalam perjalanan ke kereta, aku meminta maaf kepada uncle itu jika aku menyusahkannya. Kereta pula aku parkir jauh kerana tiada lagi parkir yang berdekatan.

Rasa kasihan pula melihat keadaan dia memikul barangan yang berat. Dia memberitahu biasa la adat orang berniaga. Kena jaga kehendak pelanggan. Dia tersenyum.

Aku terkilan kerana peniaga Melayu jauh panggang dari api. Jarang sangat aku dengar dan lihat kaum sebangsa mencontohi tindak-tanduk Uncle Cina tadi.

NMA: Patutlah peniaga Cina maju, mereka bukan sekadar berniaga tetapi mempunyai moral dan semangat yang tinggi. Mereka amat menghormati dan menghargai pelanggan mereka tidak kira siapa.


1 comment: