Saturday, May 31, 2014

Peniaga Iblis

Image from Google


"Berapa harga satu kotak kek Appollo nie?". Aku bertanya selepas lama juga berdiri tanpa sebarang layanan.

"RM5.00 jea". Ujarnya dengan muka yang sangat poyo.

"Saya nak dalam 32 kotak. Berapa awak boleh bagi saya. Adjust la sikit harganya tu".

"RM480". Jawabnya acuh tak acuh.

Aku memandangnya sambil tersenyum sinis. Dia tersipu-sipu dan tidak sanggup lagi menatap wajah aku yang kacak ini.

"Ok. Takpelah". Aku mengangkat tangan kepada peniaga berkenaan.

Aku berlalu dan terus ke kedai Cina yang selalu aku pergi. Di sana aku mendapat layanan istimewa macam biasa. Aku diberikan diskaun dan mereka siap tolong angkat barang-barang lagi ke kereta. Rasa macam VVIP pulak.

Bukan tak nak sokong bangsa sendiri. Kadangkala sikap segelintiran mereka benar-benar membuatkan aku fed-up.

NMA: Aku silap dengar atau peniaga tu nak pedajalkan aku? Ini antara salah satu sebab kenapa aku malas nak berurusan dengan bangsa sendiri. Sesetengahnya tu perangai macam iblis bila berniaga. Tak masuk akal langsung.