Tuesday, June 24, 2014

Kod 008 - Hidup Mesti Terus

Image from Google


Bila kita dilanda berbagai dugaan dan cabaran, cara yang paling baik adalah redha sahaja. Jika tidak kita akan hilang arah dan mula berbuat sesuatu yang bodoh. Tertekan bagai nak rak sekalipun, kita masih berpijak pada platform yang sebenar.

Umpama layang-layang yang dinaikkan ke udara dengan bantuan angin. Jika angin terlalu kuat, talinya akan putus dan layang-layang berkenaan akan tergelincir dari laluannya yang sangat terhad. Begitulah kita manusia biasa, kena berjalan atas garisan yang lurus dan tidak bengkok.

NMA: Hidup mesti terus walau apa jua halangannya :)