Sunday, June 22, 2014

Kod 007 - Berat Kaki Berat Lagi Hati


Image from Google

Rasanya memang sangat berat kaki ini untuk melangkah. Begitu juga dalam membuat keputusan. Apatah lagi bila kita buat keputusan yang mungkin buat orang kecewa dengan kita.

Ia mungkin menyedihkan namun itu adalah satu realiti dalam kehidupan. Ada masanya kita harus memikirkan keadaan kita juga daripada memikirkan keadaan orang lain.

Mereka mana mungkin memahami perasaan dan kedudukan kita selama-lamanya. Hari ini mereka faham, esok lusa sebaliknya pula. Bila dah dapat apa yang dihajati, lambat-laun kita akan dipinggirkan dan dibuang bagaikan sampah.

Hidup ini penuh dengan sesuatu yang tidak dijangka dan sarat dengan pengorbanan. Jangan sampai kita semua tewas selagi belum tiba masanya. Peluang dan kejayaan itu cuma beberapa langkah sahaja, cuma sekarang ia terlindung.

NMA: Aku ingin berterus-terang perkara yang sebenar dan terus melangkah pergi dengan hati yang tenang :)