Sunday, June 29, 2014

Bulan Yang Ditunggu-tunggu

Image from Google

Sedar tak sedar, hari ini adalah hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia. Tidak kurang juga ada yang mencela kerana pergerakan segelintir mereka yang suka membuat maksiat sudah terbatas.

Syukurlah kerana kita masih berpeluang untuk menyambutnya bersama-sama keluarga tercinta. Di tempat lain sambutan dilihat hambar. Namun dalam kehambaran itu, perintah Allah tetap ditunaikan.

Sempena kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan ini, marilah kita semua sama-sama muhasabah diri dan memperbaiki mutu ibadah kita dari masa ke semasa. Dalam keghairahan kita menunaikan ibadah puasa, mereka yang serba kekurangan usahlah dilupa.

Kita sama-sama membantu dan meringankan beban bagi mereka yang mereka memerlukan. Hidup ini bukan sekadar untuk mendapatkan apa yang kita mahu di dunia, tetapi juga aset kita di akhirat kelak. Hendak ke syurga pun kena ada tiket. Ke neraka pun samalah.

NMA: Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak buat semua. Semoga ibadah kita sentiasa lebih baik dari yang sebelumnya.

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Selamat berpuasa...
My recent post Sambutan Hari Guru 2014
1 reply · active 562 weeks ago
selamat berpuasa jgk utk LI :)
Selamat berpuasa admin..
1 reply · active 561 weeks ago
tq fiza... same to u too :)
jari manis's avatar

jari manis · 560 weeks ago

Mcm mana puasa tahun ni best x? Dh masuk hari ke 15 ni cepat betul masa berlalu
1 reply · active 560 weeks ago
alhamdulillah okay... ini tahun yg paling manis... yea btul masa mmg cepat berlalu... rasa mcm bru semalam start berpuasa... skrg dah masuk 17 hari :)

Post a new comment

Comments by