Thursday, June 26, 2014

Blog Ringan Capaian Mudah

Image from Google



Bagi memudahkan capaian, aku bercadang nak letak floating menu pula. Ia berdasarkan kajian yang aku buat sebelum ini dalam pembangunan blog. Aku cuba untuk mempermudahkan capaian dan dalam masa yang sama mengelakkan blog ini dari dijangkiti virus overload.

Pada pandangan aku, mutu internet di negara ini sangat kurang memuaskan. Semakin hari semakin perlahan capaian datanya. Aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku. Apakah sedikit masa nanti, ianya bakal diselaraskan? Itulah untungnya jika kita mengamalkan sistem monopoli.

Kalau sesebuah blog itu mengenakan pelbagai jenis widget yang keterlaluan capaian datanya, ditambah pula dengan speed internet yang perlahan. Rasanya blog itu bakal berdepan masalah untuk overload. Ia mungkin mengambil masa untuk loading dengan sempurna. Cara terbaik adalah meminimumkan penggunaan widget.

NMA: Minimumkan penggunaan widget, minimumkan paparan posting pada blog. Secara tak langsung ia dapat membantu :)