Wednesday, May 21, 2014

Mula-mula

Image from Google

Aku teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam ceramahnya di Youtube. Masa dia mula-mula memberikan kuliah, seorang saja yang datang mengikuti. Kalau tak silap, kuliah itu dibuat di rumahnya.

Dia tetap meneruskan juga ceramahnya itu walaupun yang mengikutinya cuma seorang. Lama-kelamaan, bilangan itu menjadi semakin meningkat. Hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun.

Seorang demi seorang datang menghadiri kuliahnya. Sampai satu tahap penuh tempat kuliah berkenaan. Inilah contoh antara mereka yang tidak berputus asa dalam berdakwah.

Aku kagum dengan semangat UIA menyebarkan dakwah hinggakan tiada ruang untuk beliau berehat. Begitu minima sekali waktu beliau bersama keluarga. Kita pula macam mana?

NMA: Kita belum bermula untuk berbuat apa-apa, sudah mula berputus asa. :)

4 comments:

  1. Salam nasrul, ini adalah co toh tauladan yg mesti di ikut :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea ramai yg menghentam beliau... namun kita ambil dari sudut positif... kita kan manusia... setiap saat penuh kekhilafan... :)

      Delete
  2. Lain Ustaz lain caranya..jika tak suka cara UAI boleh cari Ustaz lain kan..tapi NS suka!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea... setiap ustaz mempunyai cara yg berbeza... ada yg jenis kasar... ada yg jenis lembut dlm memberikn kuliah... aku x kisah pun ustaz mana asalkn kuliah dn boleh mendptkn maklumat @ ilmu...

      Delete