Tuesday, April 29, 2014

Reimagined: Toyol (1981)



Marang Kerapu Design datang lagi. Kali ini, aku cuba buat design untuk grup Sifoo.com kat Facebook. #reimagined poster filem Malaysia.

Hasilnya *keceperrr* seperti di atas. Konsepnya diberi nama ISA (Ikut Sukahati Akulah). Ia menggunakan Adobe Photoshop CS6 dengan hikmat peringkat pertama iaitu Mengkarate Lipan Di Kala Subuh. Aku buat sesimple yang mungkin sebab malas. Akan datang mungkin buat mengikut konsep minimal pula.

Poster ini direka berdasarkan filem Toyol yang diterbitkan oleh Sabah Film Production pada tahun 1981. Barisan pelakonnya Allahyarham Sidek Hussain, Rohani Yahya, Yahya Sulong, Sharifah Hasnor, Mahmud June, Normadiah dan ramai lagi.

Toyolnya aku buat versi kiut agar tidak mengundang igauan di malam hari. Filem ini antara filem seram yang boleh dikatakan agak menakutkan juga ketika aku masih kecil. Bila aku tonton balik, masih ada keseramannya. Scene yang paling legend, toyol memanggil-manggil manja tuan dia, si Bachok.

NMA: Al-Fatihah buat pelakon Sidek Hussain di atas pemergian beliau mengadap Ilahi. Negara kehilangan seorang lagi tokoh berkaliber dalam dunia seni. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

*keceperrr = aku pun tak tahu apa maknanya... bunyi kesan khas kot