Sunday, April 27, 2014

Aku Bukan Ayam



Aku keluar bayar bil di pejabat pos pagi tadi. Jaraknya dekat saja, 50 langkah. Betul-betul depan opis. Tapi ada halangan yang sangat merbahaya.

Seolah-olah aku kena bertarung dulu dengan raksasa untuk sampai ke destinasi. Jalannya dua hala dan mempunyai dua lorong. Kereta laju-laju pulak tu. Kalah litar Sepang.

Aku nak melintas jalan pun kena pasang kuda-kuda dulu. Standby untuk berlari sepantas kilat tapi diorang tak bagi izin untuk melintas. Makin speed ade la.

Pemandu-pemandu nie ingat aku ayam ke. Aku pun driving jugak. Ada lesen jugak macam korang. Takde sikap timbangrasa betul.

NMA: Kalau kerajaan tak cukup bajet, boleh buat macam ilustrasi kat atas tu. Kalau manusia tak nak guna, monyet atau haiwan lain boleh guna untuk melintas jalan.

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by