Image from Google
Minda aku terasa berpusing-pusing macam gasing. Ada sesuatu yang aku tertinggal. Apa dia agaknya. Semua serba tak kena. Bila aku cuba check blog, baru aku sedar apa sebabnya. Salah sendiri tidak seharusnya menuding kepada orang lain.
Aku terlupa nak update payment domain. Sampai dah tak boleh nak redirect ke blog. Expired on 28th of Feb, Jumaat kelmarin dulu. Padahal aku dah tengok notification from provider kat email beberapa hari sebelumnya.
Aku dah 'qada' payment tu petang semalam. Tapi macam dengan dosa-dosa aku? Mampukah aku untuk 'menqada' semuanya? Aku terfikir juga bila agaknya aku akan 'expired' dari alam ciptaan Rabbul Izzati ini. Bila mana perwakilan agung yang diutus oleh-Nya yakni Izrail datang 'memanggil', kita semua sudah tiada pilihan.
NMA: Manusia mudah lupa kepada Sang Pencipta walaupun tahu bila-bila masa sahaja mereka akan kembali kepada-Nya. :)