Sunday, February 9, 2014

Kod 002 - Pelangi Nista

Image from Google

Islam adalah agama yang penuh dengan kasih sayang. Nak nasihat atau marah orang pun ada cara. Bukan sembrono terus buat kesimpulan atau bagi hukuman. Tambah-tambah kalau kita buat tuduhan di hadapan orang ramai. Jatuh la maruah orang berkenaan.

Seelok-eloknya panggil dia dan berbincang di suatu tempat yang sunyi atau tiada orang yang mendengar. Kalau perkara yang kita sentuh itu tidak benar. Tidakkah orang tadi diselubungi fitnah? Cuba bayangkan sepanjang kehidupannya diselubungi fitnah? Menderita dan punah-ranah hubungan dalam satu jaringan koloni manusia.

Kita kena ingat, Allah itu Maha Adil. ZALIM bukan sekadar kita menyakiti dari segi fizikal tetapi juga jiwa dan perasaan seseorang (melalui fitnah, cacian, umpat, tuduhan dan sebagainya). Tidak kira orang itu baik atau jahat, bila dianiayai, doanya akan dimakbulkan.

Walaupun aku ada pilihan untuk bersuara, adalah lebih baik aku membisu saja. Aku tidak mahu sesiapapun yang terasa. Biarlah Allah saja yang BERSUARA membelaku. Dialah KEADILAN, Dialah SUARA, Dialah HUKUMAN. Dialah sebenar-benar KEBENARAN.

NMA: Sekarang aku sudah jelas dengan warna sebenar PELANGI. Tampak indah di sebalik KEPALSUAN NISTA.