Image from Google
Ada 2 hari saja lagi sebelum kita semua menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi PRU 13 pada 5 Mei 2013. Nak undi siapa? Kenapa kita perlu mengundi? Ada apa dengan undi?. Ada juga yang mengambil sikap berkecuali dengan mengatakan "i don't give a shit about politics and the stupid politician".
Itulah antara pertanyaan yang seringkali bermain dalam minda seandainya kita adalah pengundi atas pagar dan tidak tahu selok-belok tentang dunia politik negara. Yang taksub pula menilai luaran parti dan bukan dalamannya. Bagi golongan profesional dan intelektual, mereka bukan sekadar melihat parti tetapi calonnya juga. Yang lebih teruk dan huru-hara bila segelintiran begitu mudah percaya dengan khabar-khabar media yang bias.
Kita nak undi siapa, itu hak masing-masing. Malaysia mengamalkan demokrasi, jadi adalah perlu rakyat bebas dalam memilih pucuk pimpinan yang mereka hajati. Seharusnya selaku pengundi, kita harus membuat perbandingan dengan kebijaksanaan dan bukan emosi. Semua parti politik di Malaysia ada kekurangan dan kelemahan masing-masing. Yang mencorakkannya adalah insan-insan di dalam parti itu sendiri.
Pada pandangan aku, kita sepatutnya memilih parti yang 'kurang mudaratnya' daripada yang 'melampau mudarat'. Itulah yang terbaik daripada kita 'merewind' parti yang bertuhankan maksiat dan rasuah sejak sekian lama. Kalau makanan dalam tin, sudah expired dan berbahaya untuk dimakan. Kalau dimakan juga, anda sendiri yang mengundang maut. Kezaliman berleluasa kerana rakyat ditindas terang-terangan.
NMA: Ada parti mengaku sayangkan rakyat tetapi pucuk pimpinannya menipu rakyat. Kronisme berleluasa dan akhirnya rakyat dihimpit percaturan yang diolah kepimpinan yang 'terlebih bijak'. Mereka juga mengaku sayangkan Islam walhal kiblat mereka berpaksikan nafsu-nafsi. Tepuk dada tanya hati anda nak undi parti mana kali ini. Selamat mengundi semua... :)