Thursday, March 28, 2013

Browser Baik Akses Lancar

Image from Google

Paparan atau resolusi sesuatu blog itu bergantung kepada browser. Ini penting untuk menyampaikan maklumat berupa ayat, imej, graphic, widget, coding dan sebagainya dalam blog berkenaan.

Jika memilih browser yang salah ibarat kita makan nasi tetapi beralaskan mangkuk. Sukar untuk 'mengakses' nasi dan 'menginstallnya' ke dalam mulut. Daripada situasi tersebut kita pilih pinggan yang mana proses 'pencapaian' dan 'penyuapan' nasi menjadi lebih lancar. 

Browser rasmi aku tentunya Mozilla Firefox. Kedua Google Chrome. Ketiga Opera. Last Internet Explorer. Masing-masing ada pros dan cons. Yang penting proses WYSIWYG dalam blog aku dan internet lain berjalan dengan lancar.

NMA: Oh, jangan hina browser Internet Explorer. Ia amat berguna untuk mendownload perisian, driver, plugin ketika proses instalasi komputer / laptop pada peringkat permulaan... :)

2 comments: