Image from Google
Aku dapati tempoh waktu berlalu begitu cepat sekarang. Pejam celik, bangun tidur, pakai buang sudah masuk setahun.
Apakah ini tanda-tandanya kita berada di penghujung waktu? Begitu banyak petunjuk yang berlalu di hadapan, namun kita masih alpa.
Hidup sekadar untuk hidup tanpa mengetahui makna sebenar kehidupan. Keluar awal pagi tetapi balik lewat petang kerana mencari nafkah untuk keluarga.
Persepsi kita memandang dunia adalah berlawanan dengan cara Islam memandang dunia. Kita memandang apa yang kita mahu pandang tetapi Islam memandang keseluruhan.
Kita mengambil apa yang kita rasa selesa saja bukan keseluruhan Islam yang suci. Rujuk sajalah cara hidup Baginda SAW dan kalian akan mengerti kenapa.
NMA: Kita terlalu asyik dengan dunia hinggakan kita sudah kalis dengan panggilan akhirat