Sewaktu
aku kecil, ibu selalu melarang dan memarahi aku dan adik-adik jika kami
buat salah atau cuba buat perkara yang tidak berfaedah. Ibu dan ayah
dilihat begitu gigih dalam menyara dan mendidik anak-anaknya. Mereka
tabah dan tidak sedikitpun merungut. Kami adik-beradik sangat bertuah
kerana dikurniakan ibu dan ayah yang sangat mengambil berat. Merekalah
harta kami yang tidak akan dapat diganti dengan wang berjuta.
Kini giliran aku pula berbuat demikian terhadap Alia. Bila dia cuba bermain atau mengusik barangan berbahaya, aku melarang dan memarahinya. Ini semua diaktifkan oleh perasaan sayang seorang ayah terhadap anaknya. Sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak dan tidak mahu sesuatu yang buruk menimpanya. Sekarang aku faham dan sedar bukan mudah untuk membesarkan seorang anak. Tugas ini amat sukar walaupun ia tampak mudah.
NMA: Selamat Hari Ibu buat bonda dan juga isteri kerana kesudiannya melahirkan anak kami, Alia... Terima kasih juga buat ayah kerana bersusah-payah membesarkan kami adik-beradik.