Friday, May 16, 2014

Penyu Pun Ada Perasaan

Image from Google



Khabarnya ada penyu yang merajuk. Ia merajuk kerana telur-telurnya selalu diusik dan dilarikan. Itu hari ternampak juga kelibatnya di tepi pantai.

Ada tukang jaga pantai cuba pujuk dengan memberinya makan alga special. Tak mahu pulak dia telan. Kemam pun tak nak. Tak best katanya.

Terkocoh-kocoh mereka cari gula-gula special. Barulah ia berselera nak menjamah. Tersenyum lebar ia sambil mengulum gula-gula special.

NMA: Gula-gula special berperisa manggis bersalut emas agaknya...