Image from Google |
Aku bersarapan di salah sebuah warung kegemaran. Nikmatnya bila mulut dapat mengunyah beberapa biji cekodok pisang dan menghirup teh panas. Segala permasalahan dan tekanan di pejabat dapat disalurkan secara positif walaupun the other part of me berasa nak resign dalam tempoh yang terdekat.
Kemudian aku ternampak seorang pemuda berbangsa Cina mengatur langkah dan terus duduk di bangku. Tangannya mengambil sebungkus nasi lemak dan mencapai sudu dalam bekas yang berdekatan. Bungkusan nasi lemak tadi dibuka dan segera dinikmati tanpa menghiraukan pengunjung lain di sekeliling.
"Kopi 'O' ais satu". Pintanya.
Aku berasa tindak-tanduknya agak pantas kerana dia tahu apa yang dia inginkan. Tidak terhegeh-hegeh seperti kebanyakan orang yang datang ke warung untuk menjamu selera. Adakalanya aku melihat segelintiran manusia, bila memilih makanan dan minuman macam kena buat proposal dulu.
Setelah menghabiskan sebungkus nasi lemak, dia menyedut pula kopi 'O' ais. Minuman berkenaan disedut laju semaksima mungkin.
"Kira". Dia bersuara ringkas.
Pemuda Cina itu terus berlalu pergi setelah wang bakinya dikembalikan pemilik warung.
Aku melihat jam yang tergantung di dinding warung. Pukul 10.20 pagi. Dia datang pukul 10.10 pagi. Ini bermakna dia mengambil masa untuk bersarapan selama 10 minit sahaja.
Hebat bukan?
NMA: Orang bukan Islam amat menghargai masa. Kenapa pula kita yang kononnya mengaku Islam tegar masih belum mampu untuk menghargai masa sepenuhnya? Sekadar peringatan untuk aku dan mereka yang berminat untuk memperbaiki sahsiah diri... :)