Saturday, May 11, 2013

Pimpinan Syok Sendiri

Image from Google


Ada segelintiran parti politik begitu konsensus dalam mempertahankan sistem demokrasi yang mereka terapkan. Akhirnya mereka sendiri terperangkap dalam bayang-bayang itu. Kemudian mereka hendak salahkan rakyat kerana tidak memilih mereka. Seharusnya mereka perlu bertanya diri-sendiri dan struktur organisasi dalam parti kenapa rakyat tidak memilih mereka dan bukan bertanya kepada rakyat apa lagi yang mereka mahukan? Dalam masa yang sama mereka mula bermain sentimen perkauman kerana tidak dapat menerima realisasi dan analisis PRU 13. Pada pandangan peribadi aku, tindakan ini sangat tidak rasional dan profesional. Ini secara tidak langsung menampakkan pimpinan syok sendiri yang jauh panggang dari api.

Aku tidak bias terhadap mana-mana parti. Pada pendapat aku, semua parti di Malaysia ini elok belaka manifesto perjuangannya di samping masing-masing ada pro dan kontra. Tidak kira BN, PAS, PKR & DAP. Yang tidak elok, individu yang mencorakkan kepimpinan di dalam parti itu sendiri. Aku menyeru agar semua parti dapat bersaing secara profesional bukan secara kotor dan murahan. Kalau hendak menang, biarlah menang secara bermaruah. Kalah pun dengan cara yang bermaruah. Selain itu, berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk turut sama berkempen di dalam media cetak dan elektronik secara berhemah. Ini secara tidak langsung mengubah persepsi rakyat terhadap halatuju sistem demokrasi di negara ini.

NMA: Tubuh aku panas, telan Panadol tak memberi kesan. Kata doktor, awak nie bukan demam biasa. Demam PRU 13 tak hilang lagi nie. Katanya. Dia silap. Aku sudah demam PRU 14. Awal lagi tapi peduli apa aku. Hahahah... :)