Image from Forbes
Hari ini aku terpaksa menjadikan kereta buruk aku sebagai sebuah Ferrari 599 GTO. Speed tahap maksima hingga aku terasa kereta umpama terapung di awangan.
Jalan kelihatan agak sibuk walaupun aku dah turun selepas waktu puncak. Aku turun jam 8.00 - 8.15 pagi setiap hari bagi memberi laluan kepada pelajar-pelajar sekolah & kakitangan kerajaan atau organisasi yang memulakan tugas mereka lebih awal.
Aku tak mahu menyibukkan trafik yang sudah sedia sibuk. Terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas adalah mimpi ngeri bagi setiap pemandu terutamanya ketika hendak ke tempat kerja.
Aku potong kenderaan yang menghalang dengan penuh berhemah. Aku tersenyum puas. Kadang-kala ketawa bila melihat ragam pemandu lain yang bermacam-macam.
Potong dan terus memotong. Aku sudah tidak peduli asalkan matlamat dapat dicapai. Pemanduan aku berjalan dengan lancar hinggalah...
Tiba-tiba kereta aku diperlahankan kepada kelajuan minima. Ada halangan di hadapan. 'Seekor' *brontosaurus sedang bergerak perlahan.
Aku membuat perancangan untuk menumpaskannya. Aku selidik dan teliti pergerakannya. Akhirnya setelah buat teorem pythagoras, aku 'tumpaskan' beliau dengan penuh yakin sekali walaupun kenderaan di jalan bertentangan bunyikan hon dan bagi high beam.
Aku ketawa gembira keriangan. Kegembiraan itu tidak lama kerana beberapa kilometer yang berselekoh kemudian, ianya bertukar kepada tangisan berdarah. Ya, ada dua ekor lagi *brontosaurus yang sedang bergerak di hadapan. Kali ini lebih perlahan dari tadi.
Aku berasa sungguh terharu dan terkesima seketika.
NMA: Memandu sekarang nie macam main games, kena banyak berfikir dan membuat keputusan. Silap membuat keputusan, anda akan terbaring di atas katil hospital sebagai pesakit atau di liang lahad sebagai mayat.
*brontosaurus = bas