Images from internet
Apa Salah Saya?
"Management kucar-kacir". Kata Hamblau (bukan nama sebenar).
"Maksud awak?". Tanya staf HR (syarikat Abah Kau Sdn. Bhd.) padanya.
"Kucar-kacir la".
"Kucar-kacir yang macam mana maksud awak?".
"Tunggang-langgang".
"Awak sedar tak apa yang awak cakap nie?".
"Maksud encik?".
"Management KUCAR-KACIR disebabkan awak".
"Sebab saya? Kenapa pulak? Apa salah saya?".
"Yelah. Meeting tak pernah nampak muka walaupun management dah maklumkan, kerja suruh orang lain buat, buat kerja semberono, arahan tak berapa nak ikut. Pihak HR dah banyak terima aduan pasal awak".
(Diam seribu bahasa).
NMA: Orang yang rasional dan profesional, dia takkan salahkan orang lain sebaliknya menyalahkan diri-sendiri kerana tidak melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dia buat.
huhu..macam2 ragam manusia nie..macam nie ya dlm dunia kerja sebenar...
ReplyDeletekeje dgn company kecil, pekerjanya pun dh byk karenah, inikan pulak keje dgn company besar... :)
Delete