Thursday, October 4, 2012

Faham & Kefahaman

Image from Google

Aku sebenarnya bukan suka sangat nak menulis. Biarlah A. Samad Said sahajalah yang menulis hingga janggut putihnya melindungi kalam. Tulisannya berbisa.

Aku ini siapa mahu menulis?

Penulisanku tiada isi. Tawar dan tidak bererti.

Tetapi kalau aku tidak menulis, macam mana aku nak meluahkan apa yang terbuku di hati? Malu aku pada Rakib dan Atib bertungkus-lumus menulis catatan amalam kiri dan kanan.

Ah, dah berkulat kibod laptop, tetapi bait-bait cerita ku lihat samar. Aku faham maksud Jaya Negara tetapi aku tidak setuju cara beliau merealisasikan 'kefahamannya'.

Atau ini semua satu konspirasi?

NMA: Kita mungkin FAHAM akan sesuatu, namun untuk merealisasikan KEFAHAMAN, kita sendiri tidak MEMAHAMI untuk merealisasikannya... :)