Saturday, March 24, 2012

Pengenalan

Image from Google

Kalau tak silap, aku mula cenderung kepada komputer sejak usia setahun jagung lagi. Belajar perisian Wordstar 4.0, Lotus 123, Dbase, Print Shop & Print Artis ketika IT masih belum berkembang di Malaysia.

Waktu itu, proses pembelajaran komputer agak rumit kerana yurannya agak mahal dan sumber rujukan yang terhad. Makmal-makmal IT di sekolah masih belum wujud. Aku bernasib baik dan bersyukur kerana kedua orang tua memberi galakan untuk mempelajari benda alah nie.

NMA: Ini adalah antara kisah kebangkitan aku dalam dunia IT