Monday, March 26, 2012

Gaji

Image from Google

Nak tetapkan gaji minimum RM700 sebulan untuk pembantu rumah indonesia? Kemudian pembayaran gaji itu hanya untuk satu skop tugas sahaja? Maknanya kalau minah indon tu jaga bayi, dia hanya dibayar untuk jaga bayi. Kalau buat tugas lain, majikan kena bayar gaji yang berlainan. What the fuck?!! Ini sudah mengarut dan keterlaluan.

Ada baiknya agensi yang berkenaan tetapkan gaji minimum untuk rakyat Malaysia sendiri (especially untuk sektor swasta gaji murah seperti di Kelantan dan negeri-negeri yang senasib). Katakanlah basic gaji seorang kerani syarikat swasta di sini RM500, kalau agensi yang bertanggungjawab menetapkan gaji minimum RM1000. Majikan kena laksanakannya.
Kalau tidak, mereka akan dikenakan tindakan.

Banyak syarikat yang ambil kesempatan terhadap pekerja dengan menetapkan gaji yang tidak munasabah selain tiada KWSP dan SOCSO. Waktu kerja juga tidak menentu selain pengambilan cuti yang terlalu ketat. Harap mereka yang berkenaan menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap majikan yang melampau. Pekerja mungkin takut untuk mengadu selain tiada pilihan untuk berbuat demikian kerana kesukaran mendapatkan pekerjaan lain.

NMA: Langsung tidak relevan.

2 comments:

  1. betul tu...sy sokong 100%...

    anak kera dihutan disusukan...
    anak sendiri kelaparan...

    langsunggggggggg tidak relevan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya politik dan untung semata-mata...
      nasib rakyat bagaimana pula?

      Delete